~~~WeLcOmE To LoVe bLoGiTo~~~

Google
 

Saturday, September 1, 2007

Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Perkara-perkara Yang Tidak Disukai Suami

  • Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. " hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap.. malam nih kita masak sardine jer .. ok tak "
  • Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
  • Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan.. siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "
  • Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah.. sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
  • Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu.. kita dah potong simpan …”
  • Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu
  • Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ??
  • Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber… ber…. ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
  • Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan
  • Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..”
  • Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “.. oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..
  • Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi.. nak pakai jugak ke baju basah tu..”
  • Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. ie. “.. eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
  • Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. ie. “....nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
  • Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “.. awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
  • Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “.. you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”


Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami, jangan bagi chance langsung untuk diorang cari alasan…

No comments: