~~~WeLcOmE To LoVe bLoGiTo~~~

Google
 

Wednesday, August 29, 2007

~~~Perspektif Cinta Dalam Islam~~~

Realiti sebuah tragedi .
Asy - Syaqi bersyair :
نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء و قال الشاعر : و ما الحب إلا نظرة اثر نظرة تزيد نموا إن تزده لجاجا .
Maksudnya :
1. Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi mengorat . Sekiranya ada response , pasangan semakin bertindak .
2. Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat , telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua - dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat termasuk penggunaan mentera .
3. Merancang pertemuan ( dating ) di tempat - tempat umum untuk meluahkan perasaan masing - masing . Bungaan ayat diluahkan demi memaut hati pasangan .
Contohnye lah........:
a . Lautan api sanggupku harungi .
b . Kalau tak percaya belahlah dada .
c . Berkorban apa saja , sanggup sehidup semati .
d . Sanggupku serahkan tubuh demi cinta .
4. Tatkala kemesraan kian bersemi , pasangan bercinta teramat sukar untuk tidak ‘ menyentuh ’ antara satu sama lain . Tindakan minima , mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan ketika berjalan .Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di tempat sunyi seperti kelab istirehat , kelab malam , di tepi pantai dan seumpamanya .
5. Sentuhan demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan mematikan rasa malu yang ada pada pasangan tersebut . Nokhtah inilah bermula sebuah cinta bernoda . Palitan kotor dan lumuran jijik melingkari cinta mereka . Namun pasangan sebegini sering beralasan sekadar ‘ ringan - ringan ’
6. Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling biasa seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena yang dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis .
7. Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek rangsangan nafsu rambang .Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak berpedoman . Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka

CINTA MUDA MUDI ( REMAJA )

Mengharungi zaman modern skang niey ,banyak mencetus komunikasi berani antara manusia . Sopan susila , adat budaya dan adab bangsa kian diketepikan . Susila barat , budaya hippies dan adat rimba dibangga - banggakan sebagai trend dunia terkini.

Muda mudi adalah agensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala keruntuhan moral . Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka . Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah .

Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan .Cinta dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang bermaharajalela . Kadang-kadang, seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan kekecewaan dan maksiat yang keji . Betul x???

Gejala bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini , satu realiti yang mencemaskan . Nafsu mengatasi malu . Inilah bahana cinta nafsu yang tidak dibendung , malah ada pihak yang sengaja mencurah minyak di atas api yang sedang marak . Pencerobohan konsert Salem cool , Scorpion , Micheal Jackson , Inul Daratista dan lainnya ke negara kita tanpa restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak yang mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak...

1 comment:

Unknown said...

Mmmm dalam Islam banyak alternatif untuk bercouple, hakikat bekaple dalam Islam tak lain tak bukan ntuk menuju ke gerbang perkahwinan, untuk bina sebuah kebahagiaan rumah tangga, sama-sama menuju syurga Allah tak kire senang atau susah.

Tapikan cube tanye diri kite sendiri, kite berkaple ntuk sebab nak penuhkan hati yang kosong ke, suke2 ke, atas semata2 kerana Allah?

Kalu jawapan selain Allah, sbb tuler mase laki susah skit, die lagi menyusahkan laki die.. pastu lari, atas alasan xbahagia.. Bahagia pun ade macam2 definisi.. enjoy buat maksiat pun bahagia jgak. Camnila.. yang penting BAHAGIA + BERKAT. Berkat tu dari ALlah. cane nak berkat? kenela ikut care Allah. hhuhu